Ahli Dan Penyokong UMNO Perlu Terus Kerja Kuat – Annuar

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli dan penyokong UMNO untuk terus bekerja kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.

Beliau berkata UMNO tidak boleh terlalu selesa dengan kemenangan yang diperoleh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, baru-baru ini.

“Jangan ingat segalanya sudah ok. (selepas kemenangan di PRN Johor) dan jangan gopoh dalam sebarang tindakan. Belajar dari pengalaman lalu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Annuar berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Tan Sri Annuar Musa bersama sahabat di sebuah hotel di ibu negara yang dihadiri kira-kira 300 jemputan termasuk perwakilan UMNO yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021, malam tadi.

Menegaskan bahawa beliau tidak mengharapkan sebarang jawatan di dalam parti, Annuar berkata beliau kini hanya ingin membantu UMNO secara ‘habis-habisan’ dalam meraih kepercayaan rakyat. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.