Anugerah Tokoh UMNO Iktiraf Pejuang Parti

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Sempena sambutan Jubli Intan ke 75, UMNO memberi pengiktirafan kepada 13 pemimpin Negeri-Negeri dengan memberikan Anugerah Tokoh UMNO.

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Pemimpin datang dan pergi dan mereka ini adalah wira-wira UMNO yang mengamanahkan kepada kita untuk menyambung perjuangan. Budi dan jasa mereka dikenang dan disanjungi.

“Jasa mereka ini terpahat dalam hati kita, Inilah tokoh-tokoh yang sanggup ke hadapan mempertahankan agama, bangsa dan negara,” kata Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin yang mengumumkan anugerah terbabit.

Penerima anugerah tersebut menerima sijil dan medal emas.

Berikut ialah penerima terbabit:

Negeri Selangor – Tan Sri Onn Ismail
Negeri Sembilan – Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang
Negeri Kedah – Tan Sri Datuk Seri Osman Aroff
Negeri Perak – Tan Sri Ramli Ngah Talib
Negeri Pulau Pinang – Tan Sri Datuk Seri Dr Ibrahim Saad
Wilayah Persekutuan – Datuk Faridah Abu Hassan
Negeri Kelantan – Tan Sri Hussein Ahmad
Negeri Perlis – Datuk Seri Dr Md Isa Sabu
Negeri Terengganu – Datuk Mohd Salleh Ismail
Negeri Pahang – Allahyarham Tan Sri Sabaruddin Chik
Negeri Melaka – Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin
Negeri Johor – Allahyarham Tan Sri Mohamad Aziz
Negeri Sabah – Tan Sri Ampong Puyon – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.