Jangan Lupa Pahitnya Kekalahan Pada PRU Lalu – Nur Farhana

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Wakil Puteri UMNO Negeri Melaka, Nur Farhana Ab Ghani berpandangan persidangan Perhimpunan Agung Puteri UMNO kali ini berlainan kerana UMNO masih lagi merasa manisnya kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka.

Menurutnya, kemenangan tersebut bukan sahaja bagi negeri tersebut malah kemenangan semua pihak yang bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Jangan sesekali mudah lupa akan pahitnya kekalahan yang lepas, supaya kita tidak alpa dan leka dan ianya menjadi pemangkin semangat agar terus berkerja keras dan membantu masyarakat selagi termampu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berbahas pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO, di PWTC, di sini, hari ini.

Farhana yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka berharap agar semua ahli UMNO jangan memandang mudah pada Undi 18 dan harus berkerja semaksima mungkin.

Persoalannya, adakah UMNO sudah bersedia untuk mencari pengundi 18.

“Bekerjalah mencari pengundi baru, jalankan tugas kerana perlu bersedia dengan undi18 yang tidak boleh dipandang ‘enteng’. Jumlahnya bukan sedikit tetapi amat besar,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau turtu memperingatkan agar Puteri bersatu dan elakkan perpecahan dan perbalahan.

“Marilah kita berkerja lebih kuat… bersatu di peringkat bahagian, cari kata kata sepakat dan elakkan perpecahan dan perbalahan dan agar lebih mudah untuk kita rapatkan barisan.

“Perlu diingat… untuk PRU akan datang tiada negeri angkat yang akan hulurkan bantuan tetapi bahagian itu sendiri yang akan terus berkerja keras memastikan kemenagan berpihak kepada BN,” tegasnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit