Anak Muda Seru Undi BN, Tolak Parti Lain Tidak Kompeten

KULAI, 11 Mac – Rakyat di Johor khususnya pengundi baharu perlu melakukan keputusan yang rasional dalam memilih pentadbir baharu negeri ini bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bagi anak muda Ummi Aleeya Mohd Jafni, 19 beliau berharap tragedi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) lalu dapat dijadikan sebagai iktibar oleh rakyat di negeri ini apabila pelbagai hak rakyat dinafikan oleh Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan.

“Pada saya sebagai anak muda sangat terkesan dari segi janji mereka tapi tidak dapat ditunaikan memang sangat sedih dan kecewa dan saya hendak mengajak anak-anak muda di luar sana untuk turun mengundi dan undilah Barisan Nasional (BN).

“Pentadbiran BN selama 61 tahun banyak sebenarnya yang menjaga hak Melayu, mahasiswa sampailah 22 bulan PH perintah mereka tidak menjaga kami sangat kecewa dengan mereka,” katanya.

Pendapat sama diberikan Muhd Fuad Jaafar, 35 berasal dari Felda Taib Andak, beliau merasakan bahawa BN satu-satunya parti yang berupaya mengembalikan kedudukan negeri seperti suatu ketika dahulu yang memacau pelbagai kejayaan.

“Tidak ada yang lebih stabil berbanding BN kita rasa pengalaman 22 bulan selain BN perintah kita sudah tahu dan nampak hasilnya apa yang jadi oleh itu untuk lebih stabil pilihlah BN.

“Suasananya tidak tentu arah sebab sudah biasa BN tadbir bertahun-tahun daripada merdeka sampai sekarang tapi bila tukar kerajaan dalam tiga empat tahun ini sudah tiga kali tukar kerajaan,” ujar beliau.

Sementara itu bagi Mohd Nor Hussin, 65 tahun beliau meluahkan penghargaan kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang mentadbir negeri ini dengan sebaiknya meskipun hanya dalam tempoh yang singkat.

Jelas beliau lagi, keadaan itu berbeza dengan PH yang sememangnya tidak kompeten dan pengalaman dalam mentadbir negeri semaju Johor terutama dalam pelaksanaan dasar.

“Saya puas hati dengan pentadbiran bersistem dan tumpukan kepada keperluan rakyat lain dari PH ini saya tidak nampak sebab dah merasai selama 22 bulan.

“Situasi itu sangat terkesan, tapi apabila pertukaran menteri besar baharu ini kita nampak perubahan dia terlalu drastik tapi tersekat dengan kedudukan di Dewan Undangan Negeri sebab tidak ada mandat yang kukuh.

“Saya rasa ambil iktibar dengan apa yang berlaku untuk generasi yang akan datang khasnya pengundi baharu jadi kena fikir sebaiknya untuk masa hadapan lebih baik,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.