Matlamat BN Makmurkan Negeri, Kemajmukan Rakyat Jadi Kekuatan – Abd Mutalip
LAYANG-LAYANG, 8 Mac – Dengan satu matlamat utama Johor akan menjadi sebuah negeri yang makmur serta didukungi naratif politik baharu yang matang lagi stabil, kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN), Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim.
Ujarnya, Ikhtiar BN Johor adalah untuk semua bangsa Johor bagi bersama-sama memakmurkan Johor dengan ekonomi maju, perniagaan bercambah, infrastruktur moden dan kualiti hidup terbaik.
Jelasnya, inilah yang dimaklumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad setelah melancarkan ‘Ikhtiar BN’.
“Kita lihat Bangsa Johor itu terlalu unik dan hidup dalam masyarakat majmuk yang bersaing secara sihat seperti dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosio budaya dan sebagainya. Kita juga menghormati budaya-budaya lain dan meraikan perayaan-perayaan kaum lain. Inilah salah satunya yang UMNO/BN berjaya mengekalkan kedudukan ini dan tidak mahu lagi ada perkauman dan sebagainya bagi negeri Johor yang tercinta ini.
“Kerajaan BN tidak membuat ‘diskriminasi’ dan membela satu kaum saja dan inilah yang dilaungkan sesuai dengan slogan ‘Bangsa Johor.’
“Johor ini mempunyai masyarakat yang majmuk dan rakyat ini telah bersatu padu dalam keadaan aman dan damai semenjak BN memerintah serta dapat mewujudkan satu generasi yang sentiasa menyantuni semua masyarakat,” katanya ketika ditemui oleh UMNO Online, di sini.
Seterusnya kata Abd Mutalip lagi semasa pemerintahan kerajaan BN ianya tidak pernah berlaku BN memilih dan mementingkan satu kaum saja.
“Kerajaan BN tidak pernah membuat ‘diskriminasi’ dan membela satu kaum saja. BN membela semua bangsa yang ada terdapat di negeri ini dan inilah yang dilaungkan oleh Menteri Besar sesuai dengan slogan ‘Bangsa Johor.’
“Kita tidak boleh menyalahkan antara satu sama lain, kalau lihat bangsa lain maju maka kita akan berusaha dan kerajaan tetap membantu semua bangsa,” ujarnya.
Tegasnya, sekiranya bangsa lain akan maju maka bangsa Melayu akan ikut maju juga.
Hari ini, Selasa 8 Mac merupakan hari pengundian awal manakala pemilih biasa akan mengundi pada Sabtu, 12 Mac nanti. – UMNO Online
Oleh: Amin Adnan