Mandat BN Akan Diaplikasi Untuk Anak Muda Mengisi Industri Pertanian – Mutalib Rahim

JOHOR BAHRU, 27 Feb – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN), Layang-layang bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mutalib Rahim menganggap mandat Barisan Nasional (BN) amat penting dalam hasrat mengaplikasi tenaga anak muda dalam industri pertanian.

Menurut, di Dun Layang-layang ini ramai anak muda ingin menceburi industri pertanian apatah lagi Parlimen Simpang Renggam adalah kawasan kawasan pertanian.

“Saya berharap agar anak-anak muda di sini dapat peluang melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi melalui satu program dalam Kolej Komuniti berkaitan dengan peladangan dan pertanian. Insya-Allah… anak-anak muda ini boleh mengisi industri pertanian di sini.

“Ini penting kerana sekarang ini kekurangan pekerja-pekerja tempatan yang terlibat dengan peladangan dan pertanian sedangkan Negeri Johor merupakan gedung pengeluaran makanan negara.

“Sekiranya mendapat mandat, saya akan usahakan untuk berikan peluang-peluang yang lebih baik selain dari kemahiran lain dan anak-anak muda ini boleh dibentuk dengan diberikan pendedahan supaya mereka ini dapat menyara ataupun mendapat satu sumber kewangan daripadanya,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam pada itu beliau yang pernah menjadi wakil rakyat bagi DUN Layang-layang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 melahirkan kesyukuran atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN khususnya Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad yang telah memberikan kepercayaan dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana telah memilih saya untuk menjadi calon DUN Layang-Layang.

“Masa PRU ke 13, saya pernah menjadi wakil rakyat di DUN Layang-Layang selama sepenggal dan selepas itu saya tidak bertanding pada PRU-14. Alhamdulillah pada kali ini saya kembali menjadi calon BN untuk N25 Layang-Layang,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.