UMNO Terus Bersama Rakyat, Misi Sukarelawan Komited Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 29 Dis – UMNO meneruskan keprihatinan dengan pelaksanaan Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi turun padang dan hari ini ke Pahang.

Kali ini misi tersebut dijadual membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuala Krau, Jerantut dan Maran.

Misi tersebut adalah berhasrat bagi meringankan beban dengan menyampaikan bantuan kepada mereka yang dilanda musibah banjir selain memberikan sokongan moral dalam kebersamaan UMNO dan rakyat.

Terdahulu, semalam Ahli Parlimen Pontian itu melalui misi yang sama telah menyantuni mangsa-mangsa banjir di Linggi dan Ayer Limau dengan membawa barang-barang keperluan makanan untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

Sejak bencana banjir melanda, misi terbabit telah memulakan gerakan dengan Ahmad Maslan sendiri mengetuai gerakannya bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Lembah Klang dan Selangor.

Sebelumnya gerakan turun padang Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO ini telah turun ke lima Parlimen yang terlibat banjir besar iaitu Ampang, Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja dan Klang. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.