Pasca Banjir Tempoh Sukar, Sumbangan Jentera UMNO Bantu Kurangkan Beban – Zahida
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan berkata pasca banjir adalah satu tempoh yang agak sukar bagi mangsa banjir untuk masing-masing meneruskan kelansungan hidup.
Katanya, di atas kasih dan prihatin kepada mangsa banjir, jentera UMNO sebagaimana Pergerakan Puteri UMNO turun menyampaikan sumbangan dalam pelbagai bentuk bukan sahaja barang keperluan seperti tilam, dapur dan sebagainya tetapi juga turut serta membantu membersihkan kediaman mereka yang terlibat.
“Semoga sumbangan ini dapatlah mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir lebih-lebih lagi pada musim pandemik hari ini.”
Dalam masa yang sama beliau mengucapkan tahniah dan menghargai sumbangan jentera Puteri dengan ketua-ketua Puteri Bahagian komited turun padang.
“Tahniah kepada Ketua Puteri UMNO Subang, Hanisha Izaireen Ahmad Halil di atas inisiatif yang sentiasa membantu mangsa tidak kira siapa dan di mana saja berada. Teruslah berdoa supaya banjir seperti tempoh hari tidak berulang kembali,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Banjir baru-baru ini telah menyebabkan beberapa buah Negeri terkesan dengan ribuan penduduk berdepan dengan bencana berkenaan. – UMNO Online