Teruskan Misi Khidmat Masyarakat Bantu Rakyat Pasca Banjir – Fadzli

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Sukarelawan Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) terus menyusun langkah mengambil inisatif turun padang membantu mangsa banjir di beberapa buah kawasan di negeri berkenaan yang terlibat dengan bencana alam berkenaan baru-baru ini.

Menerusi misi khidmat masyarakat itu, sukarelawan daripada beberapa kawasan antaranya Cameron Highlands, Bentong, Raub dan juga Rompin membantu membersihkan rumah penduduk yang terlibat banjir di Kg Benut serta beberapa buah kampung yang lain.

Setiausaha Agung MTSP, Fadzli Mohd Kamal berkata sukarelawan berkenaan digerakkan dalam usaha membantu membersihkan rumah-rumah penduduk yang ditenggelami air baru-baru ini dan ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.

“Keadaan rumah yang kita lihat amat menyayat hati apabila dinaiki air hampir ke bumbung dan banyak rumah tenggelam… memang berselut serta berlumpur dan kita bantulah tuan rumah dan insya-Allah ke  kawasan lain termasuklah di Surau Benut selain beberapa rumah yang lain,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Fadzli yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang seterusnya menambah sukarelawan MTSP telah bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dalam usaha meneruskan khidmat masyarakat berkenaan.

“Insya-Allah sukarelawan MTSP akan bersama-sama dengan mangsa banjir… semalam kita di Lanchang, hari ini di Bentong dan insya Allah esok serta lusa kita akan bergerak ke tempat lain pula. Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan terima kasih kepada pasukan sukarelawan Datuk Seri Jo yang saya difahamkan hari-hari turun ke lapangan di sekitar Bentong ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan.

“Kita sama-sama teruskan momentum ini dan saya difahamkan banyak lagi kawasan yang akan mereka pergi dan sukarelawan MTSP juga akan turut bersama NGO lain yang menunjukkan sikap yang harus dicontohi,” ujarnya – UMNO Online

https://fb.watch/aaoIRZHyAi/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.