Alternatif Kepada I-Citra KWSP: Tambahan Bantuan Atau Galakan Berhutang? – Asyraf

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini memberikan beberapa cadangan sebagai alternatif kepada kerajaan bagi membantu rakyat yang ketika ini berdepan dengan beban kewangan selepas dilanda musibah banjir.

Katanya, sekiranya kerajaan sedia berbelanja dan menyediakan pelan serta pakej bantuan ini sudah tentu isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak timbul lagi selepas ini .

Berikut kenyataan penuh beliau yang dikongsi di Facebook:

  • Rakyat tuntut pengeluaran wang simpanan hari tua mereka sendiri KWSP kerana situasi kecemasan luar biasa akibat pandemik dan musibah banjir ketika ini.
  • Bantuan kerajaan hakikatnya tidak mencukupi dan tidak mencakupi semua lapisan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi.
  • Inisiatif berhutang melalui skim pinjaman Tekun atau kemudahan Bank Simpanan Nasional tidak akan menyelesaikan masalah semua pihak kerana ada yang tidak layak, bahkan menambah beban rakyat dengan lilitan hutang berpanjangan yang tiada berkesudahan.
  • Kerajaan wajar pertimbang untuk meningkatkan jumlah bantuan wang ihsan daripada RM1,000 kepada sekurang-kurangnya RM5,000 kepada mangsa banjir. (Nak baiki kereta yang ditenggelami banjir yang dianggarkan antara RM4,000 – RM10,000 pun tak cukup).
  • Bantuan wang ihsan juga perlu diperluaskan kepada mereka yang terjejas akibat pandemik termasuk golongan M40 dan B40 yang hilang punca pendapatan akibat dibuang, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup akibat PKP berpanjangan dll.
  • Usah takut berbelanja defisit untuk tambah bantuan kepada rakyat atas premis Pelan Konsolidasi Fiskal di saat kecemasan,
    musibah dan pandemik yang luar biasa.
  • Negara berideologi kapitalis seperti Amerika Syarikat pun sanggup berbelanja defisit hampir 14 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu USD3trillion bagi menjana ekonominya semasa pandemik.
    (https://www.cnbc.com/…/us-deficit-to-total-3-trillion…)
  • Kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika ini mewajarkan kerajaan untuk meningkatkan perbelanjaan bagi meningkatkan Effective Aggregate Demand yang mampu menjana kembali pertumbuhan ekonomi.
  • Bantuan tunai atau cash transfer adalah amalan banyak negara-negara maju ketika ini termasuk Jerman dan United Kingdom bagi menyelesaikan musibah dan menggerakkan semula ekonomi.
  • Projek tebatan banjir yang efektif bagi menangani banjir adalah satu lagi contoh perbelanjaan yang punya kesan baik jangka panjang.
  • Jika kerajaan sedia berbelanja untuk rakyat dan sediakan pelan dan pakej bantuan secara komprehensif berjangka pendek dan panjang kepada rakyat, sudah tentu isu pengeluaran KWSP tidak timbul lagi. – UMNO Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.