Shah Alam Lumpuh Akibat Banjir, UMNO Tetap Bersama Rakyat– Azhari Shaari

SHAH ALAM, 21 Dis – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari melahirkan rasa sedih ekoran tragedi banjir yang menimpa rakyat Selangor khususnya di Shah Alam.

Katanya, sejumlah besar mangsa banjir ini turut menggigil kesejukan selepas berusaha menyelamatkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Sebenarnya mereka (mangsa banjir) ini sudah kesejukan dan berendam dalam air berjam-jam. Mangsa banjir ini tidak boleh keluar sehingga keesokannya dan baru mereka dapat keluar dari kawasan tersebut.

“Mangsa banjir ini tidak ada pengalaman mengalami tragedi banjir dan kejadian ini tidak pernah terjadi di kawasan tersebut.

“UMNO Shah Alam telah menggunakan dua buah sampan untuk mengambil mangsa banjir dan hampir tiga ribu mangsa banjir dapat diselamatkan di kawasan Padang Jawa, Seksyen 24, 19 dan 17, justeru Shah Alam ini lumpuh secara ‘total’,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Tambah Azhari dengan kehadiran Setiausaha Agung UMNO (SUA), Datuk Seri Ahmad Maslan dapat meredakan kesempitan yang dihadapi mangsa banjir.

“Saya amat gembira dengan kehadiran SUA UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah menyantuni mangsa banjir di Kampung Kebun Bunga dan kawasan ini adalah salah satu pusat pemindahan mangsa banjir di bawah kawasan Parlimen Shah Alam.

“Terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan SUA UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan kerana telah menyumbang barangan dapur seperti beras, gula, susu dan juga comforter,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.