Banjir: Zahid Rasa Terkesan, Sumbang Barang Keperluan Harian

SEPANG, 21 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut berasa terkesan dengan musibah banjir yang melanda negara sekarang ini turun padang bagi menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada mangsa banjir.

Beliau tiba di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam sembilan pagi turut mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat kepada mangsa yang turut menghargai menerima kunjungan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

Ahmad Zahid juga dijadual akan meneruskan penyerahan keperluan harian di PPS Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Shah Alam dan Pejabat UMNO Bahagian Petaling Jaya petang ini.

Sebelum itu pada semalam, beliau menerusi hantaran di Facebook mengajak rakyat untuk terus berdoa agar musibah ini segera berakhir.

Dalam kesempatan tersebut, beliau yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepada mereka yang menjadi mangsa banjir.

Terdahulu, kesan hujan lebat yang berlarutan sejak beberapa hari lalu mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilanda banjir dengan Selangor menerima kesan terburuk. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.