Semoga Mangsa Banjir Selamat, Dipermudahkan Urusan – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan seluruh negara sedang dinaiki air.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan semoga kesemua mangsa terlibat kejadian banjir berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

“Para para petugas membantu mangsa banjir sentiasalah berhati-hati dan sentiasa memastikan keselamatan diri.

“Semoga kejadian banjir kali ini tidak mengundang musibah yang lebih besar dan segera berlalu. Insya-Allah,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menerusi kenyataan dalam laman facebooknya.

Dilaporkan, Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir selain Kelantan, Pahang dan Terengganu dan jumlah mangsa banjir yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan sejak pagi tadi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.