Selamat Bersidang Ahli UMNO, Jangan Sia-siakan Keyakinan Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menenekankan agar ahli-ahli UMNO yang bakal melaksanakan persidangan Mesyuarat Bahagian esok agar tidak mensia-siakan keyakinan rakyat seperti apa yang telah rakyat buktikan dalam PRN Melaka baru-baru ini.

Katanya, tiada apa mampu melemahkan kekuatan dan kesatuan UMNO selagi ahli berpegang teguh kepada kebenaran, ketulusan dan keikhlasan.

“Saya ucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan ke Mesyuarat UMNO Bahagian-Bahagian seluruh negara.

“Seperti pernah saya nyatakan jadikanlah persidangan kali ini sebagai suatu wacana kesatu­an fikiran yang paling utuh pernah disaksikan.

“Jadikan juga ia sebagai platform untuk memperkukuhkan kemuafakatan, memperkuatkan keyakinan dan memperkasakan iltizam demi UMNO,” katanya.

Maka katanya, menjadi tanggungjawab dan amanah kepada UMNO untuk menjadikan ia suatu kenyataan kerana UMNO adalah parti milik rakyat.

“Ingatlah rakyat meletakkan harapan besar kepada UMNO untuk mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan,” katanya lagi menerusi hantaran dalam laman facebooknya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.