UMNO Perlu Perjuangkan Isu Keciciran Pelajar Lepasan SPM – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata nasib 60 peratus atau 250,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mesti diperjuangkan oleh UMNO.

Kata Ahli Palimen Pontian itu, ia merupakan satu isu yang besar kerana jika tidak diberi bimbingan yang sewajarnya boleh menjadi kumpulan terbawah.

“Ini satu lagi isu besar dalam negara yang UMNO mesti perjuangkan sebab yang tercicir hanya ada SPM setiap tahun suku juta pelajar ialah Melayu Bumiputera.

“Akhirnya mereka jadi B40 dalam masyarakat. Melayu terus berada dalam kumpulan terbawah dalam negara ini jika tidak diberi latihan kemahiran secara besar-besaran terutama kemahiran berniaga,” katanya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Manakala di dalam satu ciapan di Twitter, Ahmad berkata sebuah portal media memetik kenyataannya yang menggesa kerajaan membela golongan tersebut dengan memberi pelbagai inisiatif.

“400 ribu ambil SPM, 40% terus ke STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), kemahiran, universiti tapi 60% atau 250 ribu tiada peluang,” twitnya.

Tegasnya, jika tidak ditangani ia akan menjadi masalah di dalam struktur masyarakat dan kerana itu generasi muda perlu dibantu seperti latihan keusahawan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Semalam, di dalam majlis penyampaian Anugerah Belia Cemerlang (ABC) Parlimen Pontian 2021 di Benut, Ahmad berkata kerajaan perlu memikirkan nasib kira-kira 250,000 pelajar lepasan SPM yang tidak mampu untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, kaedah dan cara terbaik perlu dilakukan supaya mereka tidak menjadi penganggur atau mendapat pekerjaan dengan gaji yang hanya sekadar cukup makan.

Tambah Ahmad, memandangkan belia memerlukan pekerjaaan dan kerjaya lebih baik, penyertaan dalam bidang latihan dan vokasional mampu memberikan masa depan kepada golongan itu.

Dalam majlis tersebut, Persatuan Belia Bersatu Seri Pulai menjadi johan bagi kategori Pertubuhan Belia Cemerlang, manakala Kepemimpinan Belia Cemerlang dianugerahkan kepada Nor Mohammad Shawaluddin Abdul Malik dan Mohammad Fahami Sapari pula bagi kategori Kesukarelaan Belia Cemerlang.

Selain itu, Ainul Ashikin Helmy diberikan Anugerah Khas Kembara Kepimpinan Belia dan Anugerah Khas Sukan Belia Cemerlang pula kepada Siti Nur Syakirin Mohd. Kamin sementara Tokoh Belia Berjasa disandang Mohammad Jahis Othman Anita Parmin. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.