UMNO Masih Jadi Jurucakap Terbaik Untuk Rakyat – Zulkurnain

BATU PAHAT, 12 Dis – Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan percaya serta penuh yakin UMNO masih menjadi jurucakap terbaik untuk rakyat.

Justeru beliau mahu Wanita UMNO terus mempergiatkan usaha untuk memastikan parti berkenaan terus diberi kepercayaan oleh rakyat di pelbagai peringkat.

“Selain Pemuda dan Puteri UMNO, inilah yang Wanita UMNO perlu rangka strategi dan sebagainya untuk kita terus kekalkan kemenangan di Parlimen Parit Sulong serta Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) Sri Medan serta ambil balik di DUN Semerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO bahagian Parit Sulong, di sini, hari ini.

Turut serta Ketua Wanita UMNO Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Zulkurnain seterusnya menambah dalam senario semasa hari ini, seluruh jentera perlu bersiap sedia dalam apa jua keadaan kerana tempoh yang ada bukanlah panjang.

“Kita tidak mahu kekuatan semakin lemah… tempoh yang ada ini tidak panjang. Tujuh bulan ada perjanjian persefahaman (CSA)… tujuh bulan ada masa untuk lengkapkan jentera. kita semua patut turun dan kita kena kembalikan kehebatan parti UMNO dan perlu beri semula keyakinan rakyat kepada parti kita,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.