Pemergian Timb. Ketua UMNO Sg Besar, Parti Kehilangan Insan Hebat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah buat ahli keluarga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Ramli Norani yang meninggal dunia hari ini.

Kata Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebook, Allahyarham merupakan seorang insan yang hebat manakala jasa dan bakti Allahyarham kepada parti dan masyarakat tetap kekal dalam ingatan.

“Kepada Allah SWT kita memanjatkan doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

“Saya berharap semoga seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham tabah serta cekal menghadapi kehilangan itu,” katanya.

Ahmad Zahid juga mendoakan agar Allahyarham dirahmati serta dimuliakan kematiannya.

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, tempatkanlah arwah di kalangan orang-orang yang beriman.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.