Pemuda UMNO Konsisten Pejuangkan Isu Rakyat Untuk Keperluan Hidup

KUALA LUMPUR, 23 Nov – “Kami konsisten memperjuangkan isu ini kerana ramai dikalangan 56% yang masih ada simpanan mencukupi benar-benar terdesak memerlukan pengeluaran kali terakhir i-Citra RM10k untuk memenuhi pelbagai keperluan dan komitmen hidup, melangsaikan hutang bahkan memulakan kehidupan baharu pasca pandemik.”

Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berikutan ramai yang perli seolah-olah Pemuda UMNO tiada modal lain asyik tekan isu i-Citra KWSP.

“Tidak kurang juga yang menuduh Pemuda tidak memikirkan nasib pencarum di hari tua mereka. Bahkan ramai kalangan mereka masih gunakan alasan 46% tidak mempunyai simpanan melebihi RM10k.

“Saban hari saya sendiri menerima ratusan mesej harapan yang saya baca dan perhatikan datang daripada mereka yang ‘genuine’ dan amat terdesak,” katanya dalam lontaran dalam laman facebooknya berkaitan isu terbabit, hari ini.

Jelasnya, sejak dari awal waktu Pemuda UMNO bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak perjuangkan keperluan membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP dalam suasana kecemasan pandemik.

“Pelbagai celaan, tohmahan, perlian diterima. Namun, apabila kerajaan akhirnya akur dengan #TuntutanRakyat apabila memperkenalkan i-Sinar dan i-Lestari kemudian i-Citra, ramai pula yang ‘claim credit’.

“Bagi kami, yang penting akhirnya rakyat yang sedang susah dan resah ketika ini mendapat manfaat daripada perjuangan ini.

“Sekali lagi, kami menuntut Menteri Kewangan Tengku Zafrul agar mengambil berat harapan dan tuntutan rakyat untuk mengeluarkan KWSP buat kali terakhir ini,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.