Mandat Baharu Dari Rakyat, BN Melaka Bakal Desak HSR Kembali Laluan Asal – Shabery Cheek

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Barisan Nasional (BN) Melaka telah mendapat mandat baharu daripada rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Sabtu lalu.

Sehubungan itu katanya, desaklah semula pelaksanaan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) kembali ke rancangan asal.

“BN Melaka dah dapat mandat baru dari rakyat. Desaklah balik. ECRL pun hampir dapatkan semula jajaran asal yg ditukar oleh PH. Tak lagi kena lalu Negeri Sembilan yang tak munasabah. Ini pun hasil desakan bila PH jatuh.

“HSR akan beri kesan ekonomi jangka panjang untuk rakyat semua. Kalau takat sampai Johor, baik tak payah lagi,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Sebelum itu beliau turut menyebut berkaitan ‘tag line’Perikatan Nasional (PN) dalam kempen PRN Melaka.

“‘Abah Sayang Melaka’, tapi ‘Abah’ batalkan HSR dari Singapura untuk orang Melaka. Parti ‘Abah’ pun ditolak orang Melaka.”

Katanya, HSR adalah untuk kepentingan ekonomi rakyat sebelah sini.

Dilaporkan, antara janji manifesto BN dalam PRN Melaka ialah mahu laluan projek HSR diteruskan dari Kuala Lumpur ke Singapura agar laluan dapat melalui Melaka sekali gus membawa limpahan pembangunan ekonomi kepada negeri ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.