PRN Melaka : Alhamdulillah Kepercayaan Rakyat Satu Amanah – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 21 NOV – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad melahirkan rasa syukur ata kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Melakakepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir semalam.

Katanya kepercayaan itu adalah satu amanah dan Alhamdulillah kerja beraungguh-sungguh semua pihak akhirnya membuahkan hasil.

“Alhamdulillah kerja keras ini buahkan hasil, dan BN telah buktikan kita mampu menang dengan cemerlang. Tahniah semua.

“Jutaan Tahniah dan Terima kasih Pengundi Negeri Melaka kerana telah memilih BN.Terima kasih dan tahniah rakyat Malaysia kerana telah bersama-sama mendoakan kemenangn BN di PRN Melaka.

Ini kemenangan kita semua, kemenangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis seterusnya mengucapkan penghargaan kepada seluruh jentera dan kepimpinan pelbagai peringkat yang turun membantu.

“Terima kasih dan Tahniah pemimpin-pemimpin dan semua jentera UMNO serta parti komponen atas usaha dan kerja keras memastikan kemenangan BN dalam PRN kali ini.

“Tahniah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO merangkap Pengarah PRN Melaka, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Naib-Naib Presiden, Kepimpinan Tertinggi UMNO, termasuk Datuk Seri Wan Rosdy, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Najib Razak dan semua Kepimpinan UMNO Melaka di atas kejayaan dan kemenangan ini.,” ujarnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit