Suasana Semakin Lengang Di Pusat Pengundian Pada Sebelah Petang

MASJID TANAH, 20 Nov- Suasana pengundian sebelah petang di beberapa kawasan pusat pengundian menampakkan keadaan lengang.

Berdasarkan tinjauan UMNO Online, di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini, hanya beberapa pengundi dilihat memasuki pusat pengundian yang akan ditutup pada pukul 5.30 petang nanti.

Pusat pengundian ini merupakan salah satu lokasi yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Dalam pada itu suasana yang sama dapat dilihat di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Durian Daun apabila tempat mengundi turut lengang dengan hanya beberapa pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Kelihatan petugas-petugas daripada SPR mudar-mandir di kawasan berkenaan sambil menunggu kehadiran pengundi.

Sekolah Kebangsaan Durian Daun merupakan salah satu pusat pengundian untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.