Tolak Pemfitnah … Berilah Kepercayaan Kepada BN Untuk Kestabilan Demi Kemakmuran – Noraini

MELAKA, 19 Nov – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berharap agar para pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal menunaikan amanah esok akan memilih Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan.

Ini kerana katanya, sepanjang tempoh berlalunya masa selepasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terbalu banyak perkara-perkara yang dahulunya ditaburkan mereka ternyata fitnah.

“Untuk PRU ke-14 lalu banyak sangat fitnah, adu domba, propaganda dan apabila masa berlalu rakyat sendiri dapat melihat bahawa hal-hal yang mereka katanya adalah tidak benar.

“Maka kerana itu katanya, berilah kembali peluang kepada BN untuk mentadbir kerana mereka di sebelah sana adalah pemfitnah,” katanya.

Ujar beliau yang juga Ketua Wanita BN menjelaskan, ternyata khidmat BN masih tetap diperlukan walaupun sebelum ini bergelar pembangkang selepas PRU ke-14.

“Walaupun dalam tempoh 22 bulan PH jadi kerajaan tapi orang masih cari juga UMNO/BN, mereka masih cari Wanita UMNO, membuat aduan, mohon bantuan kerana telah jadi kebiasaan kepada rakyat yang memerlukan UMNO/BN.

“Jadi inilah peluang kepada rakyat Negeri Melaka untuk mengembalikan BN berkhidmat kerana calon-calon BN insyaAllah akan menunaikan janji dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata demikian dalam segmen ‘Gegau Melaka’ yang disiarkan melalui saluran Facebook dan Youtube UMNO Online, malam tadi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.