Pilih Kerajaan Yang Mampu Berikan Kestabilan Dan Kemakmuran

ALOR GAJAH, 19 Nov – Pesara kerajaan, Sulaiman Daud, 61, berharap rakyat Melaka dapat membuat satu pilihan yang tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.

Katanya, pilih kerajaan yang boleh mentadbir negara dan negeri dengan baik agar rakyat dapat menikmati kestabilan dan kemakmuran akan datang.

“Kalau boleh berikan Barisan Nasional (BN) secara ‘total’ dan majoriti yang kuat supaya segala dasar dan keputusan yang akan dibuat nanti dapat diteruskan serta rakyat Melaka dapat menikmati kestabilan dan kemakmuran.

“Saya percaya hanya BN yang mampu sebab mentadbir negara dan negeri kerana jasa BN lebih 60 tahun dan tidak ada parti lain yang boleh mentadbir, jadi berilah undi kepada BN secara majoriti yang besar untuk mentadbir kerajaan negeri Melaka…itulah harapan saya,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Mengulas mengenai calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis,  Sulaiman berkata Jailani yang merupakan penyandang adalah seorang yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan amat disenangi masyarakat di situ.

“Beliau sentiasa menjalankan kerja-kerjanya tidak kira apa fahaman politik mereka walaupun sebagai pembangkang namun kerja tetap diteruskan serta beliau sangat disenangi oleh rakyat di sini dan mampu menambat hati tidak kira kaum. Tindakannya tidak mengira apa parti namun berkhidmat untuk rakyat.

“Janganlah salah pilih calon apabila mengundi, kalau nak pilih calon carilah yang dah biasa buat kerja dan mengharap agar calon DUN Rembia ini akan memenangi PRN dan dapat mempertingkatkan sosio ekonomi,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit