Tawaran BN Untuk Rakyat Melaka Dengan ‘Track Record’ – Azeez

TANGGA  BATU, 18 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Barisan Nasional (BN) yang bertanding menerusi calon-calonya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terus meyakinkan pengundi dengan ‘track record’ yang ada sebelum ini sebagai tawaran kepada rakyat negeri berkenaan.

Hakikat itu tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Baling, ianya selaras serta seiring dengan manifesto BN Melaka ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ yang menawarkan kepada para pengundi sebuah negeri yang serta stabil sekaligus akan melahirkan sebuah kemakmuran dalam pelbagai aspek.

“Kestabilan Demi Kemakmuran…itu ‘ tagline’ kita. Yang pentingnya kita tidak pergi mengata sesiapa…yang penting kempen saya di sini beberapa hari ini kita tidak pernah mengata sesiapa…kita hanya beritahu apa yang kami telah buat.

“Tinggal beberapa jam…saya merayu kepada pengundi…sebab apa kita bercakap berfakta dan perkara benar. Kalau kita datang dengan omong kosong kita belum sempat keluar mereka akan cakap ini penipu dan sebagainya,” katanya.

Tambah Datuk Azeez lagi, dahulunya sebab banyak fitnah terhadap pemimpin UMNO khususnya, membuatkan rakyat tidak keluar mengundi malah tidak mengundi BN.

“..yang mana tujuh penggal yang lalu BN mendapat kepercayaan, namun 2018 mereka berubah kerana mahu memberikan peluang kepada parti-parti lain untuk memerintah.

“Akhirnya rakyat menilai yang mana kaca tulen, yang mana permata tulen. Sabtu ini tepuk dada tanya selera buatlah keputusan demi masa depan kestabilan, kemakmuran anak cucu kita,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.