Parti Pemerintah Terbaik Mentadbir, Buat Pilihan Tepat Undi BN – Norliza

MELAKA, 18 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata Barisan Nasional (BN) berjaya melaksanakan mandat politik untuk kekal menjadi parti pemerintah terbaik dan banyak berjasa kepada negara.

Katanya, rakyat di negara ini adalah sebahagian dalam proses politik dan perlu memperjuangkan parti yang jelas dan banyak berjasa untuk negara.

“Kita mesti ada kesedaran politik berdasarkan kepada perhitungan bahawa parti dan pihak yang terbaik untuk masa kini dan masa akan datang untuk negara tidak lain adalah BN.

“Oleh itu, kita perlu membuat pilihan tepat dan tidak melakukan kesilapan membuat. Saya merayu pengundi di Melaka mengunakan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk mengundi dan menentukan parti mana yang layak memimpin demi masa depan rakyat negeri ini,” katanya ketika diwawancara dalam Program ‘Gegau Melaka’ yang disiarkan menerusi UMNO Online di sini.

Seterusnya tambah Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah banyak membawa pembangunan di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

Ujarnya lagi, ia termasuk dalam aspek pendidikan bagi memastikan rakyat mendapat peluang menimba ilmu sewajarnya.

“BN telah membuktikan membangunkan aspek pendidikan dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan kita mengharapkan pada PRN Melaka kali ini BN diberi peluang untuk mentadbir Melaka semula.

“Keluarlah mengundi dan tunaikan tanggungjawab memilih parti yang banyak berjasa kepada negara,” serunya. – UMNO ONLINE

Oleh: Mohd Saiful Mohd Sahak

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.