Melaka Pasti Dikemudi BN, Reaksi Pengundi Amat Positif – Siti Faizah

JASIN, 18 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis optimis pengundi akan memilih BN untuk mengemudi negeri ini.

Katanya ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan beliau sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung meskipun dilakukan secara norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Setakat ini reaksi pengundi khasnya di DUN Sungai Rambai amat memberangsangkan.

“Rata-rata saya nampak mereka akan memilih BN sebagai parti yang betul-betul mereka mahukan,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Jelas beliau lagi, tawaran yang diberikan BN menerusi manifesto yang diumumkan juga adalah suatu ditunggu oleh rakyat di negeri ini.

“Manifesto tersebut adalah bertetapan dengan apa dikehendali oleh rakyat dari segi ekonomi, pendidikan, kestabilan… semua ini memang bertepatan dengan kehendak rakyat.

“Kita perlu memilih BN untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan Datuk Seri Sulaiman Md Ali supaya kerajaan negeri yang akan dibentuk ini kelak boleh diteruskan berdasarkan perancangan tersebut,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit