Kesihatan, Ekonomi Dan Prasarana Fokus Calon BN Di Taboh Naning

MASJID TANAH, 18 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zain meletakkan tiga tumpuan utama untuk masyarakat di kawasan berkenaan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Sabtu ini.

Menurut beliau tiga penekanan berkenaan ialah kesihatan, ekonomi serta prasarana yang mana masih memerlukan perhatian serta tindakan yang perlu untuk masyarakat setempat.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bersama calon Barisan Nasional (BN) DUN Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin melihat poster calon BN di Bilik Gerakan DUN Taboh Naning tengahari ini. Foto – MediaUMNO

“Semuanya sudah ada dan kita akan tingkatkan lagi antara lain klinik-klinik kesihatan yang pada saya masih perlu ditingkatkan kerana masyarakat di Taboh Naning makin bertambah. Begitu juga apabila taman-taman perumahan dibuka menyebabkan penduduk bertambah.

“Jadi keadaan itu saya lihat ianya tidak lagi boleh menampung dari segi rawatan kepada penduduk setempat dengan baik. Begitu juga soal prasarana yang saya akan lihat secara mendalam,” katanya kepada UMNO-Online.

Menyentuh tumpuan kepada golongan belia, Zulkifli turut mempunyai perancangan tersendiri apabila berhasrat untuk mewujudkan taman riadah bagi golongan tersebut.

“Saya dah kenal pasti kawasan yang boleh dimajukan supaya anak muda dapat dikumpulkan di satu tempat…Insya-Allah dengan adanya tempat seumpama ini banyak program untuk mereka dapat kita laksanakan selain masyarakat setempat lain,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit