“Goblok Betul Yang Buat Surat Palsu Ini”, Bidas Ahmad Maslan
MELAKA, 18 Nov – “Goblok betul yg (yang) buat surat fake (palsu) ini.”
Demikian bidas Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan kepada pihak yang bertanggungjawab membuat surat palsu kononnya dari pihaknya.
Mana ada surat kepada yg dialamatkan & dan salinan SK sama orangnya. Tentulah surat ini palsu. Goblok betul yg buat surat fake ini. #PRNMelaka#KestabilanDemiKemakmuran pic.twitter.com/29CGwM87p3
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) November 18, 2021
Jelas Ahmad di Twitter, tidak ada surat yang dialamatkan dan Salinan Kepada (SK) kepada individu atau pihak yang sama.
“Mana ada surat kepada yg (yang) dialamatkan dan salinan SK sama orangnya. Tentulah surat ini palsu,” tegasnya lagi.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberi respon demikian berhubung tular satu surat yang menggunakan kepala surat Setiausaha Agung dan tandatangannya yang berkaitan calon Ketua Menteri Melaka. – UMNO ONLINE