Jentera BN Tingkatkan Momentum Kempen, Pastikan Kemenangan Bukit Katil

BUKIT KATIL, 17 Nov – Tempoh berkempen yang berbaki dua hari bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil Datuk Hasnoor Sdg Hussin tekad akan meningkatkan lagi usaha terus merayu undi bagi mengundi Sabtu ini.

Malah pada masa yang sama beliau berpuas hati melihat gerak kerja jentera BN bagi memastikan kemenangan di DUN Bukit Katil.

“Sehingga hari ini masih gerak dan bertemu dengan rakyat untuk melihat tahap sokongan dan dokongan yang diberikan oleh penduduk setempat dan berpuas hati dengan gerak kerja semua jentera BN yang bermula sejak hari penamaan.

“Saya mengamalkan kempen mengikut SOP bagi mengelakkan tempat orang ramai namun kempen rumah ke rumah diteruskan sama ada oleh saya sendiri ataupun jentera BN dan menaruh dengan penuh keyakinan menjelang PRN ini, insya-Allah… saya akan menang,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Begitu katanya dengan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Penerimaan rakyat di sini sangat baik dan tiada apa-apa provokasi yang dilakukan oleh kumpulan tertentu. Semua proses berkempen berjalan dengan cukup baik dan tidak menerima apa-apa saman daripada KKM atau SPR berbanding dengan pihak sebelah yang mendapat lebih empat saman,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Hasnor merayu kepada pengundi bahawa parti BN mempunyai agenda yang terbaik untuk rakyat.

“Saya ingin merayu kepada semua pengundi Bukit Katil berilah peluang kepada BN memenangi pada PRN Melaka, bahawa kemenangan ini sudah pasti akan menyumbang kepada satu kerusi bagi membentuk kerajaan BN pada 20 November ini,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit