Calon BN DUN Gadek Berwawasan, Faham Kehendak Rakyat

ALOR GAJAH, 17 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan Datuk Noor Azmi Mat Ludin berkata rakyat wajar memberi peluang kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek VP Shanmugam di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kata Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh itu, ini berdasarkan misi dan visi Shanmugam dalam menjaga kepentingan rakyat di DUN tersebut.

“Saya mengenali calon Gadek saudara Shanmugam adalah seorang yang mempunyai wawasan dan memahami apa kehendak golongan belia… itu yang penting, sebab politik sekarang agak berbeza. Ahli politik dan pemimpin politik harus mendengar suara anak muda pada masa kini.

“Saya selalu mendengar rintihan anak muda mengenai pembangunan ekonomi orang muda, penambahan ekonomi rakyat tempatan dan berbagai cadangan yang diutarakan oleh calon Gadek.

“Cukup yakin ianya merupakan satu pandangan yang boleh disokong serta memastikan dan membangunkan kawasan Gadek ini, insya-Allah,” katanya kepada UMNO Online ketika ditemui bar-baru ini, di sini.

Berhubung dengan jentera, Noor Azmi berkata UMNO Pahang diberi tanggungjawab membantu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

“Secara peribadi saya salah seorang yang diberi tanggungjawab mewakili UMNO Pahang untuk membantu PRN Melaka telah menggerakkan jentera tempatan khususnya Jalinan Rakyat (JR) dan cuma tidak boleh dapat buat lebih hanya meminta input dan info daripada jentera tempatan.

“Gerak kerja di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Inang ini antara PDM yang mempunyai pengundi paling ramai dan ianya antara peti undi yang BN kalah pada pilihan raya umum lalu,” katanya. – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit