Abdul Razak Optimis Pengundi Telok Mas Bersama BN

KOTA MELAKA, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman optimis rakyat di negeri ini bakal memilih Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan ditandingi beliau.

Katanya, ini kerana rakyat menilai komitmen dan keprihatinan yang diberikan beliau serta ianya akan diterjemahkan pada hari pengundian 20 Nov ini.

“Alhamdulillah petanda yang baik kepada BN, sudah hampir seminggu walaupun kita tidak dibenarkan berkempen secara terbuka tapi saya yakin sokongan pengundi dan juga rakyat Telok Mas ini memilih BN.

“Ini kerana kita tidak berhenti mendampingi rakyat di sini, saya selalu sebut selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sehingga ke hari ini kita tidak berhenti mendekati rakyat di Telok Mas ini,” ujar beliau.

Pilihan Raya Negeri kali ini menyaksikan persaingan empat penjuru di Telok Mas, Abdul Razak akan ditentang dari calon parti Perikatan Nasional, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen; Pakatan Harapan, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat dan Muhammad Ariff Adly Mohammad dari Bebas. – UMNO Online

Oleh: Nurul Sa’adah Latib

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit