PH Perintah, Negara Kucar-kacir… Tiada Kebajikan Dan Ekonomi Merudum – Shanmugam

ALOR GAJAH, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, VP Shanmugam berkata ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir, negara ini tiada hala tuju yang jelas dan tiada perancangan yang nyata selain hanya memperlihatkan pentadbiran yang kucar-kacir.

Menurut beliau dalam keadaan ekonomi dan pentadbiran yang tidak menentu rakyat cukup sedih dan marah angkara perbuatan pemimpin PH yang meminggirkan kebajikan rakyat.

“Sepanjang pemerintahan PH ekonomi negara semakin kucar- kacir dan merundum. Kebajikan yang diterima tidak sama dengan apa yang BN berikan pada mereka (rakyat). Rakyat merasa sedih kerana negara ini tidak dapat menganjak ekonomi ke hadapan  tetapi kebelakang seperti sepuluh tahun lalu.

“Rakyat di DUN Gadek dan Malaysia harus menyokong BN kerana peristiwa hitam selama pemerintahan PH 22 bulan rakyat merasa kecewa sepanjang pentadbirannya.

“Demi kestabilan dan kemakmuran negeri Melaka untuk masa depan negeri dan negara, saya memohon kepada seluruh rakyat Gadek agar mengundi BN untuk kecemerlangan,” katanya kepada UMNO Online baru-baru ini.

Tambahnya, BN mempunyai ‘track record’ yang terbaik sepanjang mentadbir negara lebih 60 tahun serta mengatur kecemerlangan dan kemajuan negara.

“Tanpa BN dan kepimpinannya, Malaysia tidak sampai ke tahap ini. Percayalah… cuma BN yang mempunyai calon yang berkaliber untuk membawa negara ini ke satu masa hadapan yang lebib baik daripada sekarang. Kita perlu membina Malaysia semula yang berjaya demi bangsa, anak dan cucu kita,” katanya lagi.

Dalam pada itu pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Shanmugam mengharapkan agar penduduk Gadek kembali mengundi BN yang terbukti menjaga rakyat.

“Sepanjang berkempen (saya) menerima sambutan hebat dari penduduk Gadek dan pasti kali ini BN berjaya di Melaka terutama di DUN Gadek.

“Penerimaan penduduk di sini jangkaannya luar biasa dan BN mempunyai masa depan yang cemerlang jikalau dapat memerintah Negeri Melaka dan merasakan seluruh Gadek boleh menerimanya sebagai sebahagian dari ahli keluarga Gadek,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit