Along Ambil Berat Pengembangan Bakat Anak Muda Asahan

ALOR GAJAH, 15 Nov – Asahan di bawah Barisan Nasional (BN) adalah Asahan yang meraikan bakat, kata calon BN Fairul Nizam Roslan, anak muda yang dipertaruhkan oleh parti untuk bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini.

Ujar Fairul Nizam dalam satu hantaran di Facebook, ketika berkempen di Pekan Asahan, beliau turut berkesempatan singgah dan meninjau program kelas muzik yang dianjurkan oleh Persatuan Belia 4B Kampung Relau, di sini.

“Yang menarik di sini, tenaga pengajar kelas muzik ini merupakan anak-anak muda Asahan yang berkelulusan atau sedang mengikuti pembelajaran secara formal dalam bidang muzik di beberapa buah universiti dan kolej.

“Bagi sesetengah daripada kita, muzik adalah muzik, ianya mungkin sekadar hiburan bagi dan santapan halwa telinga.

“Namun kelas muzik dan perbincangan saya bersama anak muda ini benar-benar menyedarkan saya bahawa muzik; merupakan satu industri, ianya boleh mendatangkan pendapatan ekonomi sama ada secara tetap atau sambilan sekiranya dipelajari dan dilaksanakan secara terancang,” katanya mesra disapa sebagai Along.

Justeru, Along melihat ruang yang luas di sini dan berhasrat agar bidang muzik yang sememangnya dekat dengan masyarakat dapat dijadikan suatu industri di kalangan anak muda di Asahan.

“Insya-Allah, sekiranya diberi peluang, saya akan cuba merealisasikan hasrat ini,” tekadnya. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit