Hanya Manifesto BN Bukan Retorik, Tegas Norshida

MELAKA, 14 Nov – Wanita UMNO yakin manifesto yang dirangkum membabitkan semua aspek termasuk pentadbiran kukuh, pemacuan ekonomi dan kelestarian yang harmoni dengan memastikan kestabilan demi kemakmuran secara bersama.

Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim, pada kali ini Barisan Nasional (BN) telah menggariskan manisfestasi yang berfokus kepada golongan sasar khususnya kepada pengundi-pengundi di Melaka agar membuat pemilihan yang tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang tinggal 6 hari lagi sahaja.

 

“Kita dapat lihat bahawa parti pembangkang tidak berpegang teguh kepada pendirian yang tetap apabila tidak bersetuju dalam pelbagai perkara termasuklah dalam penentuan calon yang bertanding atas tiket mereka.

“Tiada kesepakatan dan hanya retorik menipu rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, manifesto BN yang berteraskan lima perkara tunjang dijadikan sebagai teras utama dan disokong dengan 103 inisiatif dijangka akan menyakini rakyat secara holistik.

Begitu juga katanya banyak lagi manfaat bakal diperoleh rakyat Melaka jika BN terus diberi mandat mentadbir Melaka selepas PRN.

“Tiada lagi janji manis yang perlu ditawarkan kerana manifesto ini jelas signifikan pada rakyat Melaka dan terbukti mampu mengekalkan kestabilan politik dalam agenda politik matang.

“Di samping merealisasikan ekonomi baharu dan agenda menjayakan pembangunan Melaka yang mampan,” katanya. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit