Sejarah PPBM bermula dengan Khianat, Sekali Khianat Selamanya Mengkhianat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak PPBM kerana sejarah parti itu bermula dengan khianat.

Jelasnya, PPBM khianat kepada rakyat ketika bersama Pakatan Harapan (PH) dengan menawarkan manifesto bulan dan bintang serta apabila menang tanpa rasa malu, jauh sekali untuk rasa bersalah kepada rakyat, membongkak “Manifesto Bukan Kitab Suci”.

“Khianat akhirnya kepada rakan-rakan dalam PH.

“Khianat kepada UMNO untuk menubuhkan Parti Perikatan Nasional (PN) dengan memecahkan Muafakat Nasional dan hampir-hampir memecahkan Barisan Nasional (BN).

“Parti paling banyak menerima pengkhianat. Pengkhianat daripada UMNO dan pengkianat daripada PKR,” bidasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Justeru, Dr Asyraf menimbulkan persoalan apakah jaminan untuk rakyat jika parti yang mempunyai sejarah panjang dalam siri-siri pengkhianatan hendak diberikan amanah mentadbir urusan rakyat.

“Apakah PPBM juga akhirnya akan mengkhianati rakan-rakan mereka dalam PN?

“Sekali khianat selamanya mengkhianat,” selarnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.