Industri Pelancongan Mula Bernafas, Kerajaan Perlu Fikir Kaedah Rancakkan Dari Luar Negara – Sharkar
KUALA LUMPUR, 4 Nov – Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata Industri Pelancongan sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 dan hari ini industri berkenaan mula bernafas apabila sempadan negeri telah mula di buka.
Walaubagaimana pun katanya industri pelancongan di dalam negara juga masih memerlukan pelancong dari luar negara dalam usaha merancakkan lagi industri tersebut.
“Apakah kerajaan membenarkan pelancong luar negara datang dengan hanya melakukan ujian PCR tanpa kuarantin seperti di UK yang kami alami ini sebagai contoh, ini harus difikirkan,” katanya kepada UMNO-Online yang turut dikongsikan di Facebooknya.
Sharkar antara lain berkongsi pengalamannya ketika menghadiri World Travel Mart London pada 1-2 November lalu yang mana ‘booth’ Pelancongan Pahang turut dibuka selain beberapa negeri lain.
Tambah Sharkar lagi negara-negara jiran seperti Thailand telah mengikut kaedah sepertimana yang dilaksanakan di Eropah.
“Negara jiran seperti Thailand telah mengikut jejak negara-negara Europe. Apakah kita bersedia?
“Ini kerana kemudahan dan fasiliti yang kita ada sememangnya memerlukan kehadiran pelancong antarabangsa, dan pelancong domestik sahaja tidak mencukupi untuk merancakkan lagi industri tersebut,” ujarnya. – UMNO Online