PM Ucap Takziah Pemergian Masing

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah atas pemergian Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Jemut Masing, awal pagi tadi.

Beliau berkata pemergian mendiang satu kehilangan yang besar kepada negeri Sarawak dan negara.

“Mendiang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa. Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Masing yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Baleh meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) di Petra Jaya, Kuching kira-kira pukul 7.05 pagi pada usia 72 tahun.

Sebelum ini, Masing yang juga Presiden PRS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas, kerana disahkan positif COVID-19 sebelum dipindahkan ke NSMC untuk rawatan susulan. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.