Bajet 2022 : Pelbagai Insentif Bukti Jelas Usaha Kerajaan Perkasakan Wanita – Norshida

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Wanita UMNO melihat Bajet 2022 yang dibentangkan semalam merupakan satu langkah terbaik serta memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan wanita bagi memastikan peranan golongan tersebut diperkasakan bagi merealisasikan konsep Keluarga Malaysia.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata Insentif untuk majikan menampung sebahagian gaji bulanan selama 12 bulan bagi mengambil pekerja wanita yang tidak bekerja melebihi setahun, ibu tunggal dan suri rumah adalah dipuji kerana ini mampu memberikan ruang yang luas terhadap golongan ini untuk diberikan kerja bagi mampu mengurangkan bebanan tanggungan keluarga.

“Kita sangat bersetuju apabila kerajaan menetapkan dengan mewajibkan sekurang-kurangnya seorang Pengarah wanita bagi semua syarikat awam mulai 1 September 2022.

“Perkara sepatutnya perlu bermula lebih awal lagi dan bilangan komposisi perlulah sekurang-kurangnya 2 kerusi dan ianya tidak hanya terikat bagi syarikat awam malah terbuka untuk mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi pemerkasaan dalam sektor keusahawanan dan ekonomi juga dipuji dimana kerajaan telah mula melihat kegigihan serta usaha usahawan wanita di negara ini.

“Wanita UMNO juga menyokong sepenuhnya dimana RM 5 Juta ringgit kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi membantu penyertaan usahawan-usahawan wanita dalam dunia Keusahawanan dan tambahan 230 juta ringgit untuk membantu dana pembiayaan menerusi program DANANITA dibawah MARA dan TEKUNITA dibawah TEKUN Nasional,” tambahnya.

Tambahnya lagi Program MyKasih Kapital pula mampu membantu wanita yang bekerja dari rumah dan insentif ini sangatlah diperlukan bagi menyuntik modal asas perniagaan dengan program bimbingan sebagai bekal ilmu pengetahun bagi merancakkan penjanaan ekonomi dari rumah secara atas talian dan digital.

Manakala katanya lagi pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM3000 bagi pembayaran yuran taska dan tadika juga merupakan langkah terbaik bagi mengurangkan kos bebanan sara hidup keluarga.

“Isu Seksual, isu keganasan terhadap wanita, isu rumah tangga, dan pertambahan rumah perlindungan khas wanita juga diketengahkan dan ditanggani oleh kerajaan melalui peruntukan bajet 2022 adalah tepat dalam memastikan kes jenayah terhadap wanita dapat dilindungi dengan proaktif dan berkesan dan ini mampu membanteras isu tidak bermoral dalam negara,” ujarnya.

Sementara itu, dari segi kesihatan pula, beliau melahirkan rasa syukur apabila cadangan Wanita UMNO diangkat mengenai risiko kesihatan dan isu keciciran sekolah.

“Pengedaran Kit percuma asas kesihatan diri kepada 130 ribu remaja wanita kategori B40 akan menerima manfaat yang berguna daripada hasil ini dan mampu membina karater diri dengan yakin untuk ke sekolah.

“Wanita UMNO berterima kasih atas kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang prihatin dan responsif yang memuaskan terhadap golongan wanita dan semestinya menjadi harapan seluruh wanita agar penderitaan dan kesusahan sebelum ini dapat terbela demi keluarga Malaysia,” ujarnya.- UMNO Online.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.