Bajet 2022 Fokus Bina Semula Daya Tahan, Pemangkin Perubahan Dan Tiada Yang Terpinggir – PM

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2022 yang akan dibentang petang ini di Dewan Rakyat fokus kepada usaha memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan.

“Menerusi Bajet 2022 ini, kerajaan akan terus komited membantu Keluarga Malaysia yang masih terjejas serta menyokong kelangsungan perniagaan, dalam usaha memastikan momentum pemulihan negara akibat krisis pandemik tidak terencat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, kerajaan juga akan berusaha memastikan keterangkuman iaitu tiada pihak yang tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan.

“Semoga Bajet 2022 yang bertemakan; Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera – dapat memberi manfaat kepada semua pihak sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang memberi jaminan tiada golongan yang terpinggir,” kata Ahli Parlimen Bera itu lagi.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut bersyukur mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pagi tadi berjalan lancar.

Dijadualkan Bajet 2020 akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada pukul 4 petang ini. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.