Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta 3 lagi anak-anak yang masih kecil mendapat perhatian dan pembelaan daripada UMNO Gombak hari ini apabila ketuanya, Datuk Megat Zulkarnain Megat Omardin bersama yang lain turun padang membantu.

Khairul Anuar Yaakob bersama Isteri serta 3 anaknya terpaksa tinggal dalam kereta usang dibawah garaj kereta di Keramat Permai, Hulu Kelang, Gombak disebabkan tiada kemampuan menyewa rumah kerana kehilangan pendapatan akibat penutupan sekolah yg mana beliau menjual aiskrim.

Apa yang berlaku seolah-olah memperlihatkan sikap lepas tangan Ahli Parlimen Gombak, Datuk seri Azmin Ali dalam soal berkenaan  dan akhirnya hari ini nasib keluarga tersebut terbela.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Megat Zulkarnain meminta netizen agar sama-sama mendoakan urusan berkenaan dipermudahkan.

“Ya Allah, permudahkanlah rusan Sdr Khairul Anuar Yaakob bersama Isteri & 3 anaknya yang terpaksa tinggal di dalam kereta usang dibawah garaj kereta di Keramat Permai, Hulu Kelang, Gombak disebabkan tiada kemampuan menyewa rumah kerana kehilangan pendapatan akibat penutupan sekolah yg mana beliau menjual aiskrim.

“Amat sayu dan sebagai pemimpin kecil di Gombak, terasa berdosa bila mana melihat masih ada orang di Gombak yang terpaksa hidup di dalam keadaan sedemikian,” katanya.

Kata beliau lagi dalam masa beberapa hari pihaknya akan mencari tempat yang bersesuaian agar keluarga berkenaan dapat menikmati suasana kehidupan yang sewajarnya.

“Insya’Allah sehari dua ini, UMNO Bahagian Gombak akan menyewakan rumah untuk memindahkan beliau sekeluarga ke rumah yang lebih selesa. Semoga dipermudahkan dgn seberapa segera bagi mendapatkan rumah yg berdekatan dan sesuai dengan mereka… Aamiin,” ujarnya.- UMNO Online

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.