UMNO Memiliki Struktur Yang Kuat Untuk Terus Kukuh, Menang PRU-15 – Bung Moktar

PITAS, 10 Okt – UMNO tidak menghadapi kesukaran untuk memperkukuhkan jentera parti sekiranya semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO merupakan sebuah parti yang lengkap strukturnya dari peringkat atasan, bahagian sehingga ke peringkat cawangan.

“Jika semua jentera cawangan, Wanita, Pemudi, Puteri dan bahagian berfungsi dan dapat melaksanakan tanggunjawab serta peranan masing-masing maka parti pasti kukuh khususnya dalam menghadapi pilihan raya (PRU) akan datang untuk mencapai kemenenagan,” katanya ketika berucap di majlis perasmian mesyuarat cawangan berkelompok bagi cawangan-cawangan UMNO di Zon Pitas melibatkan dua kawasan DUN iaitu Pitas dan Bengkoka di Dewan terbuka UMNO Zon Pitas, kelmarin.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan turut di hadiri Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Ketua UMNO Bahagian Kudat Akram Ismail dan Pengerusi Penyelaras UMNO Pitas yang Juga ADUN Bengkoka, Harun Durabi.

Menurut Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, strutur yang sedia ada perlu berfungsi, atur gerak kerja dekati ahli akar umbi dan pengundi bantu masyarakat yang memerlukan.

“Kegiatan UMNO di semua peringkat cawangan, Wanita pemuda Puteri dan bahagian bukan berkala tapi perlu sentiasa berjalan bagi membuktikan kita bukan parti bermusim,” tegasnya.

Bung Moktar menambah apa yang dihadapi oleh Umno ketika ini apabila pemimpin UMNO, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob diangkat menjadi Perdana Menteri merupakan satu rahmat yang Allah berikan kepada seluruh ahli UMNO.

“PRU ke-14 UMNO sudah diuji, gagal mempertahankan kerjaaan berapa peritnya menjadi pembangkang seharusanya memberikan keinsafan kepada semua pemimpin Umno untuk istiqamah dan meperbaiki kelalaian masa lampau,” katanya.

Menurut Bung Moktar, UMNO khususnya di Sabah sebelum ini dianggap sudah terkubur dan tidak relevan namun dengan semangat juang tinggi ahli di peringkat akar umbi membuktikan tidak ada satu cawangan atau bahagian di Sabah yang dibubarkan selepas PRU ke-14, dan ini membuktikan slogan parti dulu kini dan selamanya meresap di jiwa ahli-ahli UMNO.

Sehubungan dengan itu Bung Moktar mahukan agar mesyuarat cawangan-cawngan di seluruh bahagian berjalan lancar dengan menjadikan mesyuarat sebagai platfom permuafakatan di samping mengatur strategi untuk menghadapi PRU ke-15 akan datang. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.