UMNO Terus Komited Bantu Rakyat Terkesan Pandemik COVID-19

KUALA LUMPUR, 18 Okt – UMNO terus fokus meneruskan kerja kebajikan terutama dalam memberikan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata usaha tersebut telah dimulakan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu lagi.

“Kami melakukan kebajikan dan berkhidmat kepada rakyat dalam apa juga keadaan daripada pandemik Mac lalu sehingga hari ini dan setiap minggu memang memberikan sumbangan.

“Kita bergerak tanpa memerlukan publisiti namun yang penting UMNO Bahagian Setiawangsa sendiri memang aktif,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Jelas Mohd Irwan mereka memberikan bantuan menerusi kerjasama di antara bahagian dan cawangan serta sayap-sayap parti.

“Bukan bahagian sahaja tetapi sayap pun sama jadi pecah tugas sebab setiap sayap ada tanggungjawab kepada kumpulan sasar masing-masing.

“Masing-masing bergerak menyantuni memberikan bantuan jika kita tahu ada keluarga dan kumpulan sasar memerlukan bantuan terus disalurkan oleh Ketua Bahagian, Datuk Seri Izudin Ishak.

“Beliau memainkan peranan penting, tapi kalau ada urusan beliau akan menghantar wakil kerana yang pentingnya bukan kehadiran kita tetapi bantuan yang disalurkan itu,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.