Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 Buka Tirai Pagi Ini


KUALA LUMPUR, 16 Okt – Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 membuka tirainya pagi ini dengan upacara perasmian dilakukan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Auditorium Menara Dato Onn.

Pertandingan ini dijadual bermula pada 10 pagi di mana 39 orang peserta akan melakukan pidato secara penggiliran manakala setiap tiga orang peserta ini mewakili negeri masing-masing bagi merebut gelaran juara.

Penganjurannya kali ini juga memberikan signifikannya yang tersendiri apabila dilaksanakan pertama kali sejak penularan pandemik COVID-19.

Ini kerana ianya dimulakan pada tahun 2010 ketika Ahmad Maslan menjadi Ketua Penerangan UMNO ketika itu namun terhenti untuk beberapa tahun dan disambung semula pada tahun ini.

Terdahulu semalam sesi taklimat diadakan yang dihadiri oleh para juri dengan pelaksanaan norma baharu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Penganjuran pertandingan ini juga berlangsung dengan pematuhan SOP serta dilakukan tanpa kehadiran penonton.

Bagaimanapun keseluruhan pertandingan ini akan disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube UMNO Online.

Kesemua peserta ini dipilih setelah menyertai Pertandingan Pidato Online mewakili bahagian dan tiga terbaik secara automatik akan bertanding di peringkat kebangsaan.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS), Negeri dan Bahagian diadakan pada 9 hingga 31 Ogos lalu. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.