Mesyuarat Cawangan UMNO: Terus Istiqamah, Bersatu Hati Dan Teguhkan Iltizam – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Persidangan UMNO cawangan merupakan satu medan yang terbaik bagi semua ahli di peringkat akar umbi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengajak seluruh ahli dan pergerakan sayap agar terus sama-sama istiqomah dan berkerja demi rakyat.

“Selamat bersidang kepada semua ahli-ahli UMNO peringkat cawangan di seluruh negara bermula pada 15 Oktober hingga 30 November 2021.

“Kepada Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO, pesanan saya semoga terus istiqomah, bersatu hati dan teguhkan iltizam untuk terus bekerja untuk rakyat terutama di kawasan luar bandar agar kehidupan lebih sejahtera.

“Sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, saya menyeru kepada Wanita, Pemuda dan Puteri bersama saya untuk visi ‘Luar Bandar Sejahtera’ dan sama-sama menjadikan ‘Keluarga Malaysia’ lebih makmur,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada September lalu telah menetapkan bahawa tarikh persidangan cawangan diadakan pada 15 Oktober hingga 30 November ini.

Manakala Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan pada 11 Disember dan 12 Disember 2021 serta Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Disember 2021.

Begitu juga Perhimpunan Agung UMNO 2021 dijadualkan akan diadakan pada 13 hingga 15 Januari 2022. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.