Ikuti Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO Secara Langsung, Patuhi Norma Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Saksikan siaran langsung Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 yang bermula pada esok dengan melibatkan 39 orang peserta dari seluruh negara.

Penganjuran pertandingan ini berlangsung dengan pelaksanaan norma baharu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) iaitu dilakukan tanpa kehadiran penonton.

Keseluruhan pertandingan ini akan disiarkan secara langsung di platform Facebook dan Youtube UMNO Online.

Pertandingan pidato ini menyaksikan setiap tiga peserta mewakili negeri masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara.

Terdahulu, kesemua peserta dipilih pada Pertandingan Pidato Online yang telah selesai diadakan di 13 negeri dianjurkan oleh Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS), Negeri dan Bahagian pada 9 hingga 31 Ogos lalu.

Pidato Piala Presiden dimulakan pada tahun 2010 ketika Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi Ketua Penerangan UMNO ketika itu bagaimanapun ianya terhenti untuk beberapa tahun dan disambung semula pada tahun ini. – UMNO Online