Pidato Piala Presiden UMNO 2021 Berlangsung 15-17 Oktober ini

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Ibu Pejabat UMNO akan menganjurkan pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2021 pada 15 hingga 17 Oktober ini.

Pertandingan ini bakal menyaksikan seramai 39 orang peserta berusia antara 19 hingga 50 tahun berentap untuk merebut gelaran juara.

Hadiah akan disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari terakhir pertandingan.

Kesemua peserta ini dipilih pada pertandingan pidato secara online yang telah selesai diadakan di 13 negeri baru-baru ini yang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa Penerangan UMNO Malaysia (PUMAS), Negeri dan Bahagian yang diadakan pada 9 hingga 31 Ogos lalu.

Matlamat utama pertandingan diadakan akan untuk melahirkan pemidato UMNO di pelbagai peringkat umur dengan kepetahan berucap dan kebijaksanaan berpidato serta melawan hujah pembangkang. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.