Pemuda UMNO Johor Terus Dekati Anak Muda Dengan Pelbagai Medium – Hairi

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Sesi penerangan bersama orang muda dan juga sesi santai UMNO bersama golongan berkenaan bukan sahaja dapat merungkai perkara sebenar apa kemahuan serta kehendak mereka, malah ia juga dilihat memberi impak kepada parti dalam mendepani cabaran pengundi muda khususnya undi pertama kali.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Hairi Md Shah berkata berkata dalam konteks berkenaan Pemuda UMNO Johor telah mengambil langkah-langkah perlu dan tindakan ke depan termasuk menyelaraskan program yang dekat dengan mereka.

Usaha berkenaan jelas beliau lagi termasuklah apa yang dilaksanakan oleh Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan selaku naib Ketua Pemuda UMNO yang turun padang ke beberapa bahagian di Johor baru-baru ini berjumpa dengan orang muda selain pimpinan UMNO negeri yang lain.

“Apabila disebut konteks orang muda, Pemuda Johor telah melihat ke depan dan beberapa pertandingan menerusi medium baharu termasuklah ‘mobile legend’, ‘epl leage’ dan sebagainya lagi dengan penggunaan medium baru dalam mendekati orang muda termasuklah dalam musim PKP.

“Pemuda UMNO Johor telah bergerak ke depan dan ini menununjukkan kita ready dengan undi 18… dah ada pendekatan ‘ready’ ke depan, Sebab itu saya melihat dan mencadangkan Pilihan Raya Umum (PRU) – 15 ini diberikan ruang dan peluang kepada orang muda serta gabungan dengan yang lain insya Allah,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.