Zon Ekonomi Pesisir Pantai Melaka : Sulaiman Tampil Jelaskan Fakta Sebenar

KUALA LUMPUR, 9 Okt – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjelaskan fakta Sebenar Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka atau Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) yang cuba dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau memberitahu Perbadanan M-WEZ yang ditubuhkan bukanlah agensi yang menjadi pemaju utama bagi pembangunan bersepadu M-WEZ, sebaliknya ia bertindak sebagai penyelaras pembangunan di kawasan tambakan laut.

“Saya juga nak maklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka tidak menyediakan sebarang peruntukan bagi pembangunan M-WEZ.

“Sebaliknya, projek M-WEZ yang berimpak tinggi itu dilaksanakan sepenuhnya melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI),” katanya.

Katanya lagi perancangan pembangunan bersepadu jangka panjang itu kelak tentunya bakal memberi kemakmuran berganda kepada ekonomi negeri serta kesejahteraan hidup rakyat Melaka.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.