Program ‘Outreach’ KPT Percepatkan Proses Vaksinasi Penduduk Pelbagai Peringkat – Noraini

BAGAN DATUK, 9 Okt – Program ‘outreach’ menerusi Kementerian Pengajian Ringgi (KPT) dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) merupakan tanda sokongan serta keprihatinan kepada keperluan rakyat dalam menangani penularan COVID-19, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Katanya yang juga Ketua Wanita UMNO, menerusi langkah ini ianya dapat mempercepatkan proses vaksinasi kepada masyarakat setempat.

“Kami percaya dengan melaksanakan program ini sedikit sebanyak dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendepani cabaran pandemik hari ini.

“Tujuan utama program  ini adalah ‘created immunity’ setempat dan setakat ini KPT telah melaksanakan sejumlah 2.5 juta vaksinasi dalam membantu KKM untuk mencapai sasaran imuniti dan di Bagan Datuk sebanyak 1,421 telah diberikan kepada masyarakat setempat.

“Kita faham dengan keadaan yang sesetengahnya hendak mendapat vaksinasi tetapi tidak boleh pergi ke tempat-tempat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disebabkan kesihatan dan pengangkutan, itulah salah satu dari matlamat kami.

“PPV ini mempunyai tiga cara untuk mudahkan….iaitu integrasi dengan memberi Astra Zeneca, pandu lalu di HCTM dan terakhir menggunakan konsep ‘outreach’ kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau program ‘outreach’ vaksinasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Parlimen Bagan Datuk, turut hadir Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tambahnya, program ini  telah dibuat seluruh Malayisia dan kali ini giliran di Parlimen Bagan Datuk untuk dilaksanakan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  kerana bersama dan memberikan sokongan serta pelbagai pihak lain yang turut terlibat,” ujarnya. -UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.