Wacana Profesional Muda Pemuda UMNO Rumus Tumpuan Kerjaya Pasca Pandemik – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Wacana Biro Profesional Muda sepakat dan mencapai kata putus untuk fokus terhadap penekanan kepada beberapa perkara dalam membantu rakyat khususnya berkaitan kerjaya pasca pandemik.

Pengerusinya Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata beberapa halangan dapat dirumuskan selain cadangan kepada kerajaan bagi untuk sama-sama melangkah ke depan dalam mengharungi cabaran yang mendatang kelak.

“Antara fokus utama kami dalam wacana live ini ialah Kerjaya & Perniagaan-E yang mana struktur sosial telah berubah apabila T20 jatuh kepada M40 dan M40 menjadi B40 ketika pandemik ini.  Fenomena ‘the new poor‘ ini adalah barah kepada negara jika tidak selesaikan kerana rantaian kemiskinan akan terus berlaku dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Wacana Profesional Muda itu yang disiarkan secara Live menerusi Facebook beliau  menampilkan  beberapa tokoh muda antaranya Ir Abdul Aziz Julkarnain, Ar Adrianta, Taufiqurrahman Shamsuddin manakala moderator Datuk Nizar Najib. Wacana tersebut membawa tajuk Kerjaya & Perniagaan Era Pasca Pandemik

Najmil seterusnya menambah kerajaan juga perlu fokus untuk memulihkan pasaran kerja dan pasca pandemik ini, ramai golongan profesional telah menceburi sektor informal untuk meneruskan kelansungan hidup.

“Kita tidak mahu wujud lambakan dalam sektor informal ini kerana ianya akan menyebabkan masalah sosioekonomi yang lebih besar dan akan menjejaskan golongan B40 sedia ada. Bantuan sebelum ini seperti moratorium, GKP, BPN dan sebagainya adalah bersifat “jangka masa pendek.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  agar mewujudkan ‘crisis recovery tool’ yang bersifat pemulihan jangka masa panjang. Nantikan ‘engage’ seterusnya,” tambah beliau lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.